9-12.

TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba…saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya “tanpa rela” sering tertidur pada pukul 9malam…..seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar….lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya….tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal….saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi…itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat ‘Baraka’ di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan ‘Jamat’ dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat ‘Alzheimer’ dan permulaan ‘Dementia’, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wallahualam.

Prinsip.

‘Hilang’ Dana RM4juta Kerana Prinsip!

Beberapa tahun lepas, kami merancang untuk mewujudkan Online TV bagi menangkis serangan media terhadap Islam. Jumlah yang kami perlukan pada waktu itu adalah RM4juta bagi operasi selama 3 tahun.

Alhamdulilah, seorang hamba Allah bergelar Dato A menghubungi kami dan pertemuan pertama menyusul. Beliau berjanji memberikan kami RM2juta tetapi dengan syarat kami perlu mendapatkan RM2juta lagi dari mana-mana individu atau kumpulan. Ringgit-to-ringgit pledge.

Maka kami berusaha dan Alhamdulilah beberapa bulan selepas itu, seorang lagi individu bergelar Dato B setuju memberikan lagi RM2juta bagi projek kami tetapi juga dengan syarat, Dato yang seorang lagi memberikan RM2juta yang dijanjikannya.

Kami kembali kepada Dato A dengan berita gembira ini. Namun selepas hampir dua bulan mesej dan panggilan tidak dilayan, maka saya menghubungi beliau memaklumkan bahawa itulah kali terakhir saya akan menghubunginya untuk mendapatkan dana yang dijanjikan beliau berkenaan projek ini.

Dalam mesej saya kepada beliau, saya menyatakan,

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan Dato selama ini & saya tidak akan teks Dato lagi untuk mendapatkan sokongan untuk projek online dakwah kami kerana saya tidak mahu sesiapa mempunyai persepsi negatif terhadap kami kononnya daie selalu merayu untuk dana.”

Sehingga hari ini kami berpegang pada prinsip tidak akan mengemis mahupun merayu kerana tugasan dakwah adalah tugasan mulia yang dilaksanakan oleh para anbiya.

Prinsip kami adalah kami akan memulakan sesuatu projek yang bermanfaat dan kemudian kami membuka peluang kepada mereka yang ingin mengambil peluang melabur bagi saham akhirat mereka sendiri.

Kami yakin dengan firman Allah Subhana Wa Ta’ala;

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) & meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Surah Muhammad 47:7)

Maka kami yakin Allah pasti akan mengerakkan tentera-tenteranya untuk bersama kami. Yang perlu kami fokuskan adalah ikhlaskan niat dan lakukan yang terbaik . We do our best and let Allah do the rest.

Kerana prinsip, kami kehilangan RM4juta. Berbaloi?

Ya sudah tentu berbaloi. Jangan biarkan sesekali prinsip tergadai kerana wang & kuasa. Dakwah tugas mulia tugas para anbiya & para anbiya tidak mengemis untuk berdakwah tetapi Allah hadirkan mereka yang mencari keredhaanNya untuk bersama membantu para anbiya dalam berdakwah.

Semoga Allah ikhlaskan niat kita dan kurniakan kekuatan agar kita terus istiqomah dengan prinsip selari Al-Quran & Sunnah demi mencari keredhaanNya sahaja. Allahuma Ameen.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Tempat tinggal.

☘️
TEMPAT TINGGAL ORANG2 MUNAFIQ DAN KAFIR

  1. Surah ArRahman. Ayat 043
    (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.
  2. Surah AnNuur. Ayat 057
    Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan Allah (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah Neraka dan sesungguhnya Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
  3. Surah AtTaubah. Ayat 068
    Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
  4. Surah AtTahrim. Ayat 009
    Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

5 . Surah AtTaubah. Ayat 073
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

  1. Surah Ali’Imran. Ayat 197
    (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
  2. Surah AlBaqarah. Ayat 206
    Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah engkau kepada Allah timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
  3. Surah AtTaubah. Ayat 098
    Dan sebahagian dari orang-orang Aarab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
  4. Surah AzZukhruf. Ayat 074
    Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa Neraka Jahannam.
  5. Surah Ali’Imran. Ayat 012
    Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan.

Assalamalaikum.

𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐀𝐏𝐀𝐍𝐃𝐈 𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍!

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang membuat tuduhan menggemparkan semalam melibatkan peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan bahawa ini hanyalah permulaan untuk lebih banyak siri pendedahan yang akan dilakukan.

Apandi, dalam catatan Facebook ‘Prelude to a chapter in my memoirs!’ Pada jam 8.08 malam, mendakwa bahawa Sri Ram dihantar oleh Dr Mahathir untuk membincangkan langkah untuk menangkap Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Apandi mengatakan kepada Twentytwo13 bahawa beliau mempunyai “banyak benda untuk diperkatakan”, sambil menambah “anda akan membacanya di dalam catatan memoir saya”.

“Bab ini mengenai Sri Ram hanyalah sebahagian kecil daripada cerita saya. Terdapat banyak perkara lain seperti Insiden Pulau Batu Puteh … mengapa Dr Mahathir menarik balik kes itu pada saat-saat akhir walhal semuanya telah difailkan dan ditetapkan untuk pendengaran kes.”

“Banyak, banyak cerita….Banyak yang perlu ditulis, banyak yang boleh diceritakan.”

Apandi memberitahu bahawa beliau membuat kenyataan hari ini kerana beliau mahu orang ramai mengetahui kebenaran.

TS Apandi menulis bahawa beliau telah bertemu Sri Ram dan seorang peguam muda Cina di rumahnya pada Januari 2018 di mana Sri Ram mendakwa “dia mempunyai agenda yang lebih besar” dan bahawa Dr Mahathir mahu Apandi menangkap Najib.

Ketika ditanya mengapa dia membuat kenyataan sekarang, Apandi berkata: “Kerana saya mendapati Gopal Sri Ram berperangai seolah-olah dia adalah AG. Dia bukan AG. Dia berperanan lebih besar dari sepatutnya. Itu sahaja.”

“Saya tidak berdendam dengannya, tetapi masyarakat perlu tahu.”

Ditanya sama ada peguam muda Cina itu dikenali dengan huruf pangkal namanya dan memandu kereta-kereta mewah, Apandi mengiyakannya.

“Ini adalah pendedahan pertama. Tidak ada sesiapa yang tahu perkara ini sebelum ini.”

Ditanya apakah dia tidak takut menanggung akibat hasil pendedahannya, Apandi berkata: “Apa akibatnya? Saya hanya menyatakan kebenaran dan tidak takut menyatakan kebenaran. Dan semuanya dirakam. Sekiranya anda membaca catatan saya, saya mempunyai CCTV dan saya mempunyai pengawal peribadi ketika kejadian. “

Apabila diberitahu bahawa rakaman kamera litar tertutup tidak mempunyai audio, Apandi menjawab: “Semua adalah. Saya mempunyai tujuh pengawal peribadi dan mereka semua dari (polis) Cawangan Khas. Semuanya dirakam.”

Berikut adalah terjemahan tulisan Apandi di facebooknya semalam: https://www.facebook.com/100026268600983/posts/572620100290272/?d=n

Apandi memberitahu Twentytwo13 bahawa beliau belum mempunyai perancangan untuk membuat laporan polis.

“Saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Simpan kata-kata saya ini! Saya tidak takut sesiapapun melainkan Allah. “

Apandi juga menolak kenyataanya itu sebagai tindakan bermotif politik, dengan menekankan dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan UMNO.

Apandi dilantik sebagai AG semasa Najib memegang jawatan tetapi digantikan oleh Tommy Thomas setelah Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

Gabungan Barisan Nasional pimpinan UMNO mengalami kekalahan mengejutkan dalam pilihan raya tersebut kerana Najib didakwa terlibat di dalam beberapa kes berprofil tinggi, iaitu SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya ingin merekodkan di sini bahawa saya memutuskan hubungan saya dengan UMNO sejak saya menjadi pesuruhjaya kehakiman pada tahun 2003. Sebagai hakim, saya tidak boleh mempunyai perkaitan dengan mana-mana parti politik.”

Apandi disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 dan bertugas di Kuala Lumpur. Dia dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010 dan pada 30 September 2013, dia dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan. Dia menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada tahun 2015.

“Mereka (pengkritik) terus menerus membangkitkan hal ini. Sedangkan Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof) adalah ahli PAS dan pernah bertanding sebagai calon PAS (pada pilihan raya 2004), tak ada pula sesiapa yang mempersoalkannya. Mengapa jadikan saya sebagai mangsa?”

Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie

Link asal bahasa English: https://twentytwo13.my/issues/revelation-on-gopal-sri-ram-just-the-beginning-says-apandi/