9-12.

TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba…saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya “tanpa rela” sering tertidur pada pukul 9malam…..seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar….lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya….tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal….saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi…itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat ‘Baraka’ di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan ‘Jamat’ dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat ‘Alzheimer’ dan permulaan ‘Dementia’, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wallahualam.

Prinsip.

‘Hilang’ Dana RM4juta Kerana Prinsip!

Beberapa tahun lepas, kami merancang untuk mewujudkan Online TV bagi menangkis serangan media terhadap Islam. Jumlah yang kami perlukan pada waktu itu adalah RM4juta bagi operasi selama 3 tahun.

Alhamdulilah, seorang hamba Allah bergelar Dato A menghubungi kami dan pertemuan pertama menyusul. Beliau berjanji memberikan kami RM2juta tetapi dengan syarat kami perlu mendapatkan RM2juta lagi dari mana-mana individu atau kumpulan. Ringgit-to-ringgit pledge.

Maka kami berusaha dan Alhamdulilah beberapa bulan selepas itu, seorang lagi individu bergelar Dato B setuju memberikan lagi RM2juta bagi projek kami tetapi juga dengan syarat, Dato yang seorang lagi memberikan RM2juta yang dijanjikannya.

Kami kembali kepada Dato A dengan berita gembira ini. Namun selepas hampir dua bulan mesej dan panggilan tidak dilayan, maka saya menghubungi beliau memaklumkan bahawa itulah kali terakhir saya akan menghubunginya untuk mendapatkan dana yang dijanjikan beliau berkenaan projek ini.

Dalam mesej saya kepada beliau, saya menyatakan,

“Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan Dato selama ini & saya tidak akan teks Dato lagi untuk mendapatkan sokongan untuk projek online dakwah kami kerana saya tidak mahu sesiapa mempunyai persepsi negatif terhadap kami kononnya daie selalu merayu untuk dana.”

Sehingga hari ini kami berpegang pada prinsip tidak akan mengemis mahupun merayu kerana tugasan dakwah adalah tugasan mulia yang dilaksanakan oleh para anbiya.

Prinsip kami adalah kami akan memulakan sesuatu projek yang bermanfaat dan kemudian kami membuka peluang kepada mereka yang ingin mengambil peluang melabur bagi saham akhirat mereka sendiri.

Kami yakin dengan firman Allah Subhana Wa Ta’ala;

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) & meneguhkan tapak pendirian kamu.”
(Surah Muhammad 47:7)

Maka kami yakin Allah pasti akan mengerakkan tentera-tenteranya untuk bersama kami. Yang perlu kami fokuskan adalah ikhlaskan niat dan lakukan yang terbaik . We do our best and let Allah do the rest.

Kerana prinsip, kami kehilangan RM4juta. Berbaloi?

Ya sudah tentu berbaloi. Jangan biarkan sesekali prinsip tergadai kerana wang & kuasa. Dakwah tugas mulia tugas para anbiya & para anbiya tidak mengemis untuk berdakwah tetapi Allah hadirkan mereka yang mencari keredhaanNya untuk bersama membantu para anbiya dalam berdakwah.

Semoga Allah ikhlaskan niat kita dan kurniakan kekuatan agar kita terus istiqomah dengan prinsip selari Al-Quran & Sunnah demi mencari keredhaanNya sahaja. Allahuma Ameen.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Tempat tinggal.

☘️
TEMPAT TINGGAL ORANG2 MUNAFIQ DAN KAFIR

  1. Surah ArRahman. Ayat 043
    (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.
  2. Surah AnNuur. Ayat 057
    Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan Allah (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah Neraka dan sesungguhnya Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
  3. Surah AtTaubah. Ayat 068
    Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
  4. Surah AtTahrim. Ayat 009
    Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

5 . Surah AtTaubah. Ayat 073
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

  1. Surah Ali’Imran. Ayat 197
    (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.
  2. Surah AlBaqarah. Ayat 206
    Dan apabila dikatakan kepadanya: Bertakwalah engkau kepada Allah timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
  3. Surah AtTaubah. Ayat 098
    Dan sebahagian dari orang-orang Aarab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
  4. Surah AzZukhruf. Ayat 074
    Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa Neraka Jahannam.
  5. Surah Ali’Imran. Ayat 012
    Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan.